Sahabat Rasulullah saw

I. Pengertian Sahabat :

    Ulama’ memberikan banyak definisi sahabat, terdapat definisi yang umum dan juga yang khusus. Perbezaan definisi ini dibezakan dengan lapangan-lapangan yang diceburi oleh para ilmuan tersebut. Maka, al-Muhaddithin mendefinisikannya dengan definisi yang sesuai dengan lapangan mereka. Dan al-Ushuliyyin mendefinisikannya dengan definisi yang sesuai dengan lapangan mereka. Al-Muhaddithin juga mempunyai perbezaan definisi sesama mereka, perkara tersebut dapat dilihat pada definisi-definisi di bawah :

    Definisi yang dikemukakan oleh al-Imam Ahmad Ibn Hanbal :

    من صحب النبي صلى الله عليه وسلم يوما أو شهرا أو ساعة أو رآه.

    “(Sahabat) ialah orang yang bersama Nabi s.a.w dalam tempoh sehari atau sebulan atau sesaat atau Nabi s.a.w pernah melihatnya.”

    Al-Imam al-Bukhari pula mendefinisikan:

    من صحب النبي صلى الله عليه وسلم من المسلمين أو رآه.

    “(Sahabat) ialah orang yang bersama Nabi s.a.w di kalangan orang Islam atau Nabi s.a.w pernah melihatnya”

    Al-Imam Ibn Hajr al-Asqalani pula mendefinisikan :

    أن الصحابي من لقي النبي صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الإسلام.

    “Sesungguhnya sahabat itu ialah orang yang pernah bertemu dengan Nabi s.a.w sedang dia beriman kepadanya dan mati dalam Islam.”

    Al-Imam Ibn al-Sholah mendefinisikan dengan definisi yang paling dipersetuju oleh al-Muhaddithin :

    أن الصحابي من صحب النبي صلى الله عليه وسلم أو لقيه أو رآه ولو ساعة ومات على الإسلام.

    “Sesungguhnya sahabat itu ialah orang pernah bersama Nabi s.a.w atau bertemu atau melihatnya walau sesaat dan mati dalam Islam.”

    Manakala ulama` Ushûl Fiqh mentakrifkan sahabat itu ialah :

    من طالت صحبته للنبي صلى الله عليه وسلم وكثرت مجالسته له على طريق التبع له والأخذ عنه.

    “ialah orang yang lama tempoh dia bersama Nabi s.a.w dan banyak duduk di majlis-majlisnya dengan cara mengikuti amalannya dan mengambil ilmu darinya.”

    II. Kepentingan Dan Manfaat Mengenali Sahabat :

    Mengenali para sahabat nabi, termasuk status dan kedudukan mereka merupakan ilmu yang amat besar, hal yang penting, besar manfaatnya dalam dunia Islam karena dapat digunakan untuk mengesan keaslian suatu hadits mahupun perbuatan Nabi yang diriwayatkan oleh mereka. Dan di antara manfaatnya yang besar mengetahui hadis muttashil dan mursal, di samping manfaatnya yang lain membantu mengetahui sejarah Islam, memudahkan istinbat hukum feqah.

    Seseorang muhaddith amat memerlukan pengetahuan ini ketika mengkritik hadis supaya tidak berlaku kesalahan yang mencacatkan kemurnian dan kesucian Islam. Setiap kesalahan amat memberi kesan terhadap syari’at Islam jesteru ibadah dan amalan orang Islam terkesan dengannya dan ia boleh menjadi satu titik kelemahan yang akan disasarkan oleh musuh-musuh Islam. Ketekunan dan perhatian ulama’ Islam telah menyelamatkan Islam dari segala kesalahan dan kecacatan. Semoga Allah memberkati mereka.

    III. Bagaimana Mengenal Sahabat Nabi s.a.w :

    Ulama telah menetapkan bagaimana bisa seseorang sahabat Nabi s.a.w dikenali. Iaitu dengan salah satu lima cara :

    1)      Riwayat yang mutawatir ; seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khatthab, dan 10 sahabat yang dijanji surga.

    2)      Populariti ; seperti Ukasyah Bin Mihshan.

    3)      Riwayat dari seorang sahabat atau lebih.

    4)      Riwayat dari Tabi’in yang thiqah.

    5)      Pengakuan dari dirinya sendiri, disyaratkan adil, itupun selagi mana pengakuannya memungkinkan.

    Maka sesiapa yang mengakui atau dikatakan sahabat tidak dengan salah satu lima cara ini tidak dikira pengakuannya dan ditolak.

    IV. Keadilan Para Sahabat Rasulullah saw:

    Seluruh ulama’ bersepakat (ittifaq) bahawa majoriti sahabat itu adil. Maksudnya, jauhnya mereka dari sengaja melakukan penipuan pada riwayat-riwayat dan terjerumus dalam perbuatan yang menjelekkan dan menyebabkan riwayat mereka ditolak. Ini bermakna bahwa seluruh riwayat dari para sahabat diterima.

    Menerangkan kesalahan Sahabat dalam masalah feqah sama sekali tidak termasuk ke dalam sikap menampakan kecacatan. Bahkan hal itu merupakan tanggungjawab, dan tuntunan sikap menunaikan nasihat dan kebaikan kepada umat. Maka ulama tidak pernah menganggap seseorang dari mereka terlindung dari dosa dan juga tidak menganggapnya berdosa. Sedangkan ahli bid’ah dan pelaku kesesatan menjadikan kesalahan dan dosa sebagai dua unsur yang paling berkaitan.

    V. Sahabat-sahabat Yang Banyak Meriwayat Hadis :

    1)      Abu Hurairah, riwayatnya 5374 hadis

    2)      Abdullah Ibn Umar Bin Al-Khatthab, riwayatnya 2630 hadis.

    3)      Anas Bin Malik, riwayatnya 2286 hadis.

    4)      Aisyah Ummul Mukminin, riwayatnya 2210 hadis.

    5)      Abdullah Ibn Abbas, riwayatnya 1660 hadis.

    6)      Jabir Bin Abdullah, riwayatnya 1540 hadis.

    VI. Buku-buku Yang Membicarakan Hal Sahabat-sahabat Nabi s.a.w :

    1)      Al-Ishâbah fi Tamyîzi al-Shahâbat, karya Ibn Hajr al-Asqalani.

    2)      Usud al-Ghâbah fi Ma’rifah al-Shahâbah, karya Ibn Athir.

    3)      Al-Istî’ab fi Asmâ` Al-Ashhâb, karya Ibn Abdil Barr.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s