Pengajaran Dari al-Furqân: Mumia Fir`aun

Allah telah menceritakan kepada kita di dalam kitabNya (al-Qur’an) tentang sebahagian golongan yang mendustai ajaran dan rasul-rasulNya. Diceritakan juga bagaimana Allah memberi balasan terhadap mereka dan menjadikan mereka sebagai pengajaran bagi orang-orang yang datang selepas golongan pendusta tersebut. Terutamanya adalah Fir’aun, Allah menceritakan tentang pendustaannya terhadap Musa, kesombongan dan pengakuannya sebagai tuhan yang mentadbir alam dan satu-satunya yang layak disembah. Kemudian Allah menyebut lagi bahawa Fir’aun mengejar Banî Isrâ’îl dan menghanyutkannya dalam keganasannya kerana tidak mengetahui tentang satu mukjizat yang dimiliki oleh Musa a.s dan para pengikutnya iaitu membelah laut dan menenggelamkan Fir’aun ke dasarnya. Tatkala Fir’aun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah laut yang terbelah, laut mula menimpa mereka. Maka Musa dan para pengikutnya terselamat dan laut Merah menenggelamkan Fir’aun dan tenteranya. Dan selepas mukjizat ini terdapat satu mukjizat yang lain iaitu kemunculan jasad Fir’aun dari dalam laut. Allah menjadikannya salah satu pengajaran kepada orang-orang yang terkemudian. Firman Allah:

“Pada hari ini kami (Allah) keluarkan kamu (Fir’aun) dengan jasad supaya ia menjadi satu pengajaran. Sesungguhnya kebanyakan manusia sering lalai dari ayat-ayat kami”.

(al-Qur’an, Yunus: 92)

Selepas penemuan mumia Fir’aun Ramses II di salah satu pemakaman diraja Fir’aun, para cendikiawan muslim mula berminat melakukan kajian tentangnya. Di antara individu yang membabitkan diri dalam kajian tersebut ialah seorang doktor muslim berbangsa Perancis, Morris Bokay. Beliau berusaha memperbaiki keadaan mumia tersebut. Beliau turut berjaya membongkar apa yang berlaku pada mumia itu adalah sepertimana yang tersebut dalam al-Qur’an terutamanya tentang tenggelamnya Fir’aun ke dalam laut.

Keadaannya selepas tenggelam dan kewujudan jasadnya sehingga hari ini nyata adalah sebagai tanda kebesaran Allah kepada seluruh alam. Morris Bokay berkata: “sesungguhnya riwayat Taurat (Torah) tentang orang-orang Yahudi keluar bersama Musa a.s dari keluar dari Mesir (Egypt) menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan  bahawa Fir’aun itu Mineptah, adalah pengganti Ramses II yang pernah menjadi Fir’aun Mesir pada zaman Musa a.s. Kajian perubatan ke atas mumia Mineptah menunjukkan kepada kita banyak maklumat lain yang berguna dari punca-punca yang menyebabkan kematian Fir’aun ini. Taurat menyebut bahawa jasad itu ditelan laut tetapi ia tidak memberi perincian tentang apa yang berlaku kemudiannya. Adapun al-Qur’an menyebut bahawa jasad Fir’aun yang dilaknat akan dikeluarkan dari air sebagaimana tersebut dalam ayat al-Qur’an. Ujian perubatan menyatakan bahawa mumia ini tidak berada di dalam air pada jangka masa yang panjang. Kerana tidak ditemukan tanda-tanda kerosakan kritikal yang berpunca dari hanyut di air pada jangka masa yang panjang”.

Morris Bokay pernah menyebut: “hasil-hasil kajian tersebut menyokong dakwaan tersebut. Pada tahun 1975M di Kaherah (Cairo), ekstrak biopsi kecil tisu otot Fir’aun diambil dengan bantuan seorang kawan rapat Michfl Durigon. Ujian mikro dilakukan dengan mikroskop menunjukkan terdapat pemuliharaan pada bahagian-bahagian anatomi otot-otot kecil. Pemuliharaan ini tidak mampu dilakukan jika jasad berada di dalam air untuk beberapa ketika, bahkan selepas dibiarkan lama selepas dikeluarkan dari air sebelum memulakan langkah pertama membuat mumia. Kami telah lakukan lebih dari itu dan kami serius mencari punca-punca yang kemungkinan dalam kes kematian Fir’aun.

Kajian perubatan awal ke atas mumia dengan bantuan Ceccaldi, seorang pengarah laboratori kehakiman identiti di Paris dan Durigon. Lebih membantu pengesahan perkara yang mempercepatkan kematian Fir’aun ialah kesan lebam pada tengkorak-otak yang menyebabkan lubang yang bersaiz besar pada kedudukan bahagian Sakorh (tengkorak yang melindungi otak) dikaitkan dengan luka trauma intrakranial. Jelas bahawa setiap bukti ini bertepatan dengan kisah-kisah dalam kitab-kitab suci bahawa Fir’aun mati ketika gelombang laut menimpa ke atasnya”.

Syiekh ‘Abdul al-Zindâni berkata: “doktor Morris Bokay memberitahu saya ketika pertemuan dengannya bahawa beliau adalah salah seorang doktor yang melakukan kajian ke atas jasad Fir’aun, dan mereka mendapati:

  1. Kesan-kesan kematian akibat lemas.
  2. Kesan-kesan kemasinan air laut.
  3. Sinar X-ray menunjukkan terdapat keretakan tulang tanpa sebarang calar pada kulit dan daging. Ia membuktikan bahawa keretakan tulang disebabkan hentaman kuat air.

Doktor Bokay menjelaskan satu sudut kemukjizatan pada kisah ini dengan katanya: “pada zaman al-Qur’an sampai kepada manusia melalui Muhammad s.aw, jasad semua Fir’aun yang diragui oleh manusia pada zaman sekarang tentang benar atau salahnya mempunyai kaitan kisah keluarnya Bani Isrâ’îl (kerana mengekori Musa dan kaumnya). Ia dikebumikan di lembah para raja di Taiyibah yang terletak di tebing Nil bersebelahan, berhadapan bandar al-Aqsar sekarang.

Pada zaman Muhammad s.a.w hidup setiap perkara tentang mumia tidak diketahui dan tidak pernah ditemui jasad-jasad Fir’aun sehingga penghujung kurun ke sembilan. Seterusnya jasad Fir’aun yang pernah bertemu Musa kekal seperti asalnya sampai hari ini menjadi bukti fizikal keilmuan mumia, yang berkaitan dengan Musa a.s. Fir’aun itu membangkang ajakannya serta mengekorinya ketika Musa melarikan diri, dan Fir’aun mati ketika pemburuan tersebut. Allah menyelamatkan jasadnya dari kerosakan teruk supaya ia menjadi pengajaran kepada seluruh manusia seperti yang disebut oleh al-Qur’an.

Fakta sejarah tentang keadaan jasad Fir’aun tidak pernah menjadi kebingungan seorang pun ketika penurunan al-Qur’an dan beberapa kurun selepas itu. Hal tersebut telah dijelaskan di dalam Kitab Allah 1400 tahun sebelum ini melalui lidah nabiNya yang buta huruf. Membuktikan bahawa sumber ilmu ini adalah wahyu dari tuhan.

Terjemahan dari;

موميا فرعون

‘Adil al-Sa’di

Diulang selidik oleh;

‘Ali ‘Umar Bal’ajam

Qistas Ibrâhîm al-Na’îmi

Sumber-sumber;

-القرآن  والعلم  الحديث – .Morris Bokay

-القرآن والعلم  المعاصر – Morris Bokay.

-كتاب علم الإيمان  (1 /224 ) – Syiekh ‘Abdul Majîd al-Zindâni.

– دراسة الكتب المقدسة في ضوء المعارف الحديثة, Morris Bokay ، halaman 269,

-كتاب علم الإيمان  (1/ 225 ) – Syiekh ‘Abdul Majîd al-Zindâni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s