Pakaian: Kurniaan Yang Mesti Disyukuri

Ketika kedatang musim panas kebanyakan manusia mula memikirkan tentang berteduh di pesisir pantai di sana dan di sini, di mana boleh dilihat ramai orang yang bertelanjang. Mereka melakukan sesuatu yang dikenali sebagai “berjemur” atau “mandi matahari”. Mereka mendedahkan sebanyak mungkin kulit kepada sinar matahari supaya mendapat faedah dari sinarnya. Adakah yang didakwa itu benar? Adakah yang dilakukan oleh sebahagian mereka seperti itu dengan menanggalkan pakaian yang menutupi badan mereka – yang dikurniakan Allah- untuk mendedahkan badan mereka kepada sinar matahari adalah perbuatan yang betul?

Oleh itu, fokus dan bincangkan tajuk ini dari sudut akademik berdasarkan firman Allah, maksudnya: “kami telah jadikan untuk kamu pakaian supaya ia melindungi kamu dari kepanasan”

Di dalam ayat tersebut perkataan al-Sarâbîl, apakah maknanya yang sebenar? Apakah jenis kepanasan sebenarnya yang dimaksudkan?

Mengapa Allah menyebut “perlindungan dari kepanasan” dan tidak menyebut “perlindungan dari kesejukan”?

Apakah pendapat perubatan moden berkaitan hal tersebut?

Jawapan untuk segala persoalan boleh ditemukan seperti berikut:

Pertama : pendapat-pendapat ulama’ tafsir tentang firman Allah, surah al-Nahl dari 81-83:

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ كَذَلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ ﴿81﴾ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ الْمُبِينُ ﴿82﴾ يَعْرِفُونَ نِعْمَةَ اللَّهِ ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ ﴿83﴾

81. dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari Yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian Yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian Yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadanya dan mematuhi perintahNya.

82. Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah Dengan cara Yang jelas nyata.

83. mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang Yang kufur ingkar.

Ibn Katsîr menghuraikan tentang ayat tersebut: firman Allah;

(وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًاَ)

“kami telah jadikan di antara makhluk-makhluk ada peneduh”. Qatâdah berkata: iaitu pokok.

(وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا)

“kami telah jadikan untuk kamu (wahai manusia) gunung-gunung sebagai peneguh”. Iaitu benteng dan kubu.

(وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ)

“kami jadikan untuk kamu (wahai manusia) pakaian yang melindungi kamu dari kepanasan”. Iaitu pakaian yang dihasilkan dari kapas, linen dan bulu.

((وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ

“pakaian yang melindungi diri kamu”. Iaitu baju perisai yang dihasilkan dari besi yang ditempa, besi kuning dan lain-lain.

كَذَلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ))

“Demikian Dia sempurnakan nikmatNya untuk kamu”: begitulah Dia menjadikan untuk kamu apa yang dapat membantu kamu dalam segala urusan kamu. Dia menjadikan apa yang kamu perlukan sebagai bantuan supaya kamu lebih taat dan mengabdikan diri kepadaNya.

(لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ)

“mudah-mudahan kamu sekalian menyerah diri kepada Allah”: inilah huraian yang diberi oleh majoriti ulama’ tafsir. Mereka membacanya dengan baris bawah huruf ‘lam’, bermaksud Islam.

Penulis karya al-Jalâlain (Jalâluddin al-Suyûti dan Jalâluddin al-Mahalli):

(وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ ممَّا خَلَق)

“Dan Allah menjadikan untuk kamu di antara makhluk ciptaanNya”: iaitu rumah, pokok dan awan

(ظِلاَلا)

“Sebagai tempat-tempat berteduh”: yang melindungi kamu dari kepanasan.

Ibn Hajar al-‘Asqalâni berkata:

(سرابيلَ)

“…. pakaian”: baju

(تَقيكمُ الحرَّ)

“yang melindungi kamu dari kepanasan”: al-Syaukâni berkata Sirbâl adalah pakaian yang dihasil dari kapas, linen, bulu dan lain-lain.

Al-Zujjâj berkata:

Setiap pakaian yang kamu pakai adalah sirbâl. Makna “melindungi kamu dari kepanasan” ialah menjauhkan kamu dari segala kemudaratan kepanasan. Ia merupakan huraian yang paling sesuai dengan makna ayat al-Qur`an di atas.

Kedua: bukti akademik

Kulit; susunan lapisan dan peranan

Kulit terdiri dari tiga lapisan: lapisan pertama yang berada di luar iaitu epidermis. Ia adalah lapisan nipis yang mengandungi sel-sel pigmen dengan sel-sel kulit. Lapisan tengah adalah dermis, merupakan lapisan tebal yang mengandungi folikel bulu dan kelenjar peluh dan minyak serta saluran dan saraf. Kedua-dua lapisan tersebut bertindak sebagai dinding  yang melindungi organ-organ dan tisu-tisu dalam badan. Kedua-duanya saling berpegang di antara satu sama lain dengan membrane yang dikenali sebagai membrance asas (basement membrance).

Terdapat lapisan ketiga di bawah kulit iaitu lapisan hypodermis. Ia terdiri dari berbilion protein dan lemak reseptor deria dan kelenjar.

Sel-sel keratinosit terbentuk sebanyak 90% dari sel-sel kulit yang mengeluarkan beribu-ribu protein yang bersifat melindungi kulit.

Secara semulajadi lapisan permukaan kulit diperbaharui sel-selnya setiap bulan.

Dengan adanya sel-sel pigmen yang membezakan sel-sel yang mengeluarkan sel-sel keratinosit, sel-sel pigmen mengeluarkan pigmen gelap yang dikenali sebagai melanin. Melanin memberikan warna kepada kulit dan memeliharanya dari sinar ultraungu dengan menyerap dan memusnahkannya. Ketika ia terdedah kepada sinar matahari dalam masa yang lama, sebilangan sel tersebut boleh menyusut.

Sinar ultraungu berbahaya dan merosakkan:

Sinar ultraungu tidak dapat dilihat dan boleh digambarkan sebagai sebahagian dari tenaga yang dipancar oleh matahari. Ia mampu memberi kesan buruk terhadap kulit. Ia merupakan sinar yang luas gelombang radiasi dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; ultraungu A, B dan C. Lihat rajah di bawah.

Ultraungu A boleh menyebabkan kebakaran seperti kebakaran hutan. Manakala jenis B boleh menyebabkan kanser kulit dan jenis C merosakkan banyak hidupan. Lapisan ozon yang berada atmosfera bumi berfungsi menyerap setiap sinar yang sedikit radiasi maka ia tidak sampai ke permukaan bumi. Lapisan ozon juga menyerap sebahagian besar sinar yang luas gelombang radiasi sehingga sedikit sahaja yang sampai ke permukaan bumi untuk melindungi segala hidupan dari kemusnahan. Ia menyampaikan sinar A dan B ke permukaan dalam jumlah yang sedikit, tetapi ia memuncak ketika matahari memancar dengan kuat dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Sinar A dan B boleh menyebabkan kanser kulit samada menerima secara langsung atau tidak langsung. Sinar ultraungu A lebih merbahaya terhadap kulit dari ultraungu B. Walaupun sinar ultraungu B lebih lemah kesannya tetapi ia mampu memusnahkan sel-sel kulit sekaligus menyebabkan kanser kulit.

Adapun sinar B boleh menyebabkan kanser kulit apabila kulit terdedah secara langsung terhadap sinaran tersebut kerana ia lebih sinar A terutama terhadap individu yang mempunyai latarbelakang pernah terkena cahaya matahari dan pernah terdedah secara maksimum terhadap sinar ultraungu. Sinar ultraungu tidak hanya datang dari matahari tetapi ia mempunyai sumber-sumber lain yang dicipta oleh manusia. Ciptaan tersebut menggunakan sinar C untuk penghapusan kuman yang membunuh bakteria dan virus.

Pada tahun 1980 pernah didedahkan bahawa lapisan ozon di atmosfera bumi telah semakin menipis di kebanyakan negara seluruh dunia. Fenomena ini dikenali sebagai penipisan ozon dan ia semakin menipis dari tahun ke tahun. Ia akan menyebarkan lebih banyak sinar merbahaya tersebut ke permukaan bumi dan meningkatkan jumlah faktor-faktor kanser kulit. Amerika Syarikat telah mengalami kekurangan lingkungan 5% lapisan ozonnya pada 10 tahun terakhir. Pada masa yang sama, para pakar menjangkakan peningkatan jumlah faktor-faktor kanser dan sekaligus meningkatkan statistik tahunan kes kanser.

Sinar ultraungu mempunyai keistimewaan dan manfaat sekiranya kulit manusia terdedah kepadanya pada waktu bukan tinggi kehangatannya. Ia memberikan vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi.

Kesan buruk akibat terdedah secara langsung kepada kepanasan matahari:

Ilmu akademik membuktikan bahawa pendedahan kulit secara langsung kepada cahaya matahari menyebabkan penyakit-penyakit kronik terhadap kulit manusia, di antaranya: selaran matahari (sunburn), keratosis suria (solar keratosis) dan bisul sel kanser skuamus (squamous cell carcinoma).

Kanser dalam lapisan kulit (in situ squamous cell carcinoma) dan tumor yang merbahaya (melanoma) adalah berakibat dari pendedahan langsung kepada cahaya matahari yang menjadi sebab pertama dan punca utama. Begitu juga penyakit sensitif deria terhadap sinar (photosensitivity), akzima (solar urticaria) kerana ia memberi kesan buruk terhadap mata yang dikenali sebagai putih kelopak mata. Ia memberi kesan buruk terhadap keseimbangan agen pemantul cahaya kerana ia menghalang sel-sel yang ada pada kulit atau memusnahkannya. Perbahasan ini dilanjutkan dengan disebut secara ringkas jenis-jenis penyakit sebagaimana terdapat dalam ilmu perubatan moden.

  • selaran matahari (sunburn):

Kepanasan matahari memancarkan sejumlah besar sinar ultraungu terhadap kulit melebihi kadar pertahanannya terhadap sinar tersebut dan ia seperti kepanasan haba terhadap kulit sehingga merosakkan lapisan-lapisan dan tisu-tisunya.

Selaran matahari boleh terjadi pada individu yang mendedahkan kulitnya kepada sinar matahari paling minimum 15 minit pada waktu tengahari. Ia memberi kesan lebih teruk sekiranya terdedah kepada matahari dalam masa berjam-jam. Telah diketahui bahawa haba matahari dan mendedahkan kulit kepadanya tidak mempunyai kepentingan. Malah mati menjadi akibat daripada pendedahan kepada matahari sedangkan beribu-ribu orang melakukan demikian saban tahun.

Kesan selaran matahari tidak muncul serta-merta selepas kulit terdedah kepada matahari. Ia berlaku dalam satu tempoh di mana kesakitan dirasa dan muncul kemerahan pada kulit. Kesakitan tersebut akan menjadi lebih parah selepas 48 jam selepas kulit terdedah kepada matahari. Racun akan masuk ke dalam badan dengan haba matahari yang boleh menyebabkan demam. Kulit mula mengelupas dalam tiga hari hingga lapan hari.

  • keratosis suria (solar keratosis)

Penyakit ini terjadi pada kulit yang terdedah kepada matahari. Ia boleh digambarkan penglupasan kasar pada anggota-anggota kulit yang terkena sinar matahari dan ia boleh menjadi sejenis kanser yang merosakkan sel-sel pigmen. Terdapat kesan terbakar pada bahagian-bahagian kulit yang sering terdedah kepada matahari terutamanya kulit tangan manakala pada bahagian muka hidung, dagu, bibir atas dan dahi boleh dilihat. Kesan penyakit ini lebih pada individu yang bertelanjang ketika berjemur di bawah matahari. Keratosis suria boleh dicegah dengan menjauhkan kulit dari sinar ultraungu.

  • Akzima (solar urticaria)

Penyakit ini jarang berlaku dan ia menimpa kedua-dua gender (lelaki dan perempuan). Kebiasaannya seseorang boleh mendapati sebelum mencapai umur 40 tahun. Kesannya boleh muncul serta-merta selepas kulit terdedah kepada matahari dan kebiasaannya pada bahagian muka dan belakang tapak tangan. Keadaan bertambah parah ketika lebih terdedah kepada matahari.

  • sensitif deria terhadap sinar (photosensitivity)

Sensitif terhadap cahaya akibat tindakbalas yang ganjil yang terjadi antara kulit dan cahaya yang membawa haba. Tindakbalas tersebut banyak terjadi di antara ultraungu B dan sel-sel kulit dan kesannya boleh dilihat dengan tersebar kulit yang merah yang menyakitkan dan bertumor yang berterusan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu.

  • Kanser kulit

Ia menjangkiti semua sel yang terdapat dalam lapisan-lapisan kulit dan ia boleh mempunyai kesan awal. Tetapi jika disedari pada peringkat awal, ia mampu merebak ke anggota-anggota badan yang lain dengan cepat. Ia mungkin menyebabkan hayat seseorang hanya berbaki beberapa bulan.

Setiap jenis kanser kulit berakibat dari sinar matahari terutamanya pada waktu kemuncak kepanasannya iaitu bermula pada 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Para ulama’ percaya bahawa sinar ultraungu merosakkan DNA di dalam sel-sel kulitdan mengubahnya menjadi sel-sel kanser. Anggota-anggota badan yang terkena kanser teruk adalah muka, tangan, lengan dan kaki.

Kulit yang menghidap penyakit selaran matahari dengan lebih berisiko mendapat kanser kulit. Seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang bertelanjang berjemur di bawah matahari yang dikenali sebagai mandi matahari. Sinar ultraungu boleh memusnahkan sel-sel antibodi pada lapisan kulit dan merosakkannya. Maka, risiko mendapat kanser lebih tinggi. Sinar ultraungu turut memberi kesan pada hayat kulit dengan menyebabkan wujud kedutan seperti kulit orang berusia menjadi tanda awal. Dari tahun ke tahun, kesan kanser bertambah parah sebagaimana disebut oleh satu jurnal Amerika bahawa pada 1996M bertambah bilangan kes kanser kulit melebihi satu milion di Amerika Syarikat.

Kerosakan sel yang disebabkan oleh ultraungu tidak berlaku serta-merta tetapi dalam satu tempoh. Disertakan di sini beberapa jenis kanser kulit yang disebabkan pendedahan kulit kepada matahari secara berterusan, iaitu:

bisul sel kanser skuamus (squamous cell carcinoma): penyakit ini merupakan kes kanser kulit paling banyak terutama di kalangan pesakit yang mempunyai kulit sensitif terhadap sinar matahari. Kebiasaannya ia terjadi dari rasa kulit yang terbakar berpunca dari pendedahan berterusan kepada matahari. Ia boleh digambarkan sebagai penyakit skuamosa (kulit bersisik) yang kelihatan pada muka, telinga dan tangan pada individu berkulit putih yang pernah menghabiskan masa pada setiap tahun berjemur di bawah matahari.

Kanser dalam lapisan kulit (in situ squamous cell carcinoma):

Kanser ini juga dikenali sebagai penyakit bonz. Sel-sel kanser terkumpul pada permukaan kulit sahaja dan terus merebak sehingga beberapa sentimeter.

  • tumor (melanoma)

Melanoma adalah kanser yang merbahaya tetapi boleh diubati jika dapat dikesan pada peringkat awal. Ia merupakan jangkitan kanser pada sel-sel lapisan luar kulit dan sel-sel pigmen. Tanda permulaannya wujud jangkitan pada kulit kemudian merebak ke lain-lain anggota seperti mata, mulut dan otak. Melanoma boleh menjangkiti individu-individu di peringkat umur 50 sehingga 70 tahun dan menyebabkan beratus-ratus kematian setahun. Faktor utama ialah pernah terdedah kepada matahari secara berterusan khususnya pada usia kanak-kanak lagi. Individu tersebut akan menghidap melanoma pada masa akan datangnya.

Bagaimana kita boleh melindungi kulit kita dari sinaran ultraungu?

Para doktor dan pakar kesihatan menasihatkan supaya langkah pencegahan diambil seperti di bawah:

  1. Mengatur sebarang acara dalam cuaca yang baik sebelum jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.
  2. Memakai pakaian dan aksesori pelindung dari kepanasan disertakan pakaian dalam dan pakaian berlengan panjang.
  3. Memakai cermin mata berpelindung UV.
  4. Memakai topi dan sebagainya yang mempunyai pelindung yang luas, supaya dapat melindungi muka dan leher.

Jelas dinyatakan bahawa salah satu cara melindungi daripada penyakit-penyakit berbahaya di atas adalah memakai pakaian yang menutupi seluruh kulit dan memeliharanya dari sinar ultraungu matahari, sentiasa berada di bawah teduhan dan tidak mendedahkan kulit kepada matahari pada panas teriknya.

Tambahan:

Nasihat-nasihat di atas telah disampaikan oleh para doktor bukan muslim di dalam buku-buku dan seminar-seminar mereka. Mereka mencadangkan serta menyeru orang ramai supaya menutup kulit mereka dengan pakaian yang melindungi kulit dari sinar ultraungu yang membawa kanser dari sudut akademik semata-mata. Maka, apakah perihal orang Islam yang menggalakkan berhias dan bertelanjang? Tidak diragukan lagi bahawa orang-orang yang memakai pakaian sebagaimana diperintah dan dikunia Allah swt mereka berada di dalam nikmatNya.

Pakaian adalah kurniaan dan ketiadaannya adalah kesengsaraan:

Setiap orang yang mempunyai akal mengerti bahawa pakaian adalah kurniaan Allah swt yang digunakan sebaiknya, sebagaimana yang diperintahNya. Allah swt telah menghukum Adam as dan isterinya Hawa dengan mencabut nikmat pakaian dalam firmanNya:

فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْءَاتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَآ أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ الشَّيْطَآنَ لَكُمَا عَدُوٌ مُّبِينٌ * قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ) سورة الأعراف آية 22،23

22. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke Dalam larangan) Dengan tipu dayanya. setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya Dengan daun-daun (dari) Syurga. serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, Bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu Yang nyata?”

23. mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi”. Surah al-‘Arȃf: 22-23

Ada berita gembira buat wanita-wanita yang sentiasa memakai hijab yang mengikut syari’at. Wanita-wanita Arab Saudi boleh dijadikan contoh sebagaimana yang disebut dalam akhbar ‘Ukâz al-Sa’ûdiyah pada keluaran bernombor 1019 (Khamis – 11/02/1425H bersamaan 01/04/2004). Profesor Kamal Mulkir selaku pengerusi markaz al-Amîrah Nurah Bint ‘Abdirahmân Bin Faisâl yang bersempena nama keluarga Sa’ûd di Jeddah, berkata bahawa jumlah kes kanser pharynx hidung di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut jumlah kes pada setiap tempat. Boleh diperkatakan bahawa wanita Arab Saudi yang memakai hijab bermula dari usia baligh terlindung dari kanser pharynx hidung dengan izin Allah. Beliau menjelaskannya dengan terperinci dalam artikel tersebut.

Kemukjizatan:

Dua ayat di atas menunjukkan dua hakikat: yang pertama, ada penyakit-penyakit merbahaya yang akan menimpa manusia akibat dari pendedahan kepada matahari. Yang kedua, kepentingan memakai pakaian yang menutupi sebahagian besar anggota badan seperti pakaian dari kain kapas supaya dapat melindungi dari kepanasan. Ia telah dibuktikan oleh ilmu akademik dengan yakin.

Allah telah menyebut tempat teduhan, gunung, pakaian dan baju perisai dan ia merupakan nikmat-nikmat yang mesti disyukuri. Allah telah menyebut tentang pakaian dengan manfaat meindungi manusia dari kepanasan pada zaman yang masih belum tiada penyakit-penyakit yang berakibat dari terdedah kepada sinar matahari yang panas tanpa sebarang pelindung. Sedangkan ia mengandungi sinar ultraungu yang tidak kelihatan dan boleh menyebabkan pelbagai pelbagai jenis kanser. Kanser tersebut mampu berjangkit dengan cepat dari bahagian luaran badan ke bahagian dalaman, maka ia menyebabkan kematian. Terutamanya apabila kanser tersebut merosakkan antibodi yang ada di dalam badan, ia akan menjadi lebih parah. Dalam sejarah, tidak ditemukan sebarang punca kanser kulit melainkan pada kurun akhir ini selepas kemajuan perubatan dalam bidang perinspektoran dan keindividuan.

Mencegah penyakit-penyakit kanser ini adalah penyelesaian terbaik, dengan memakai pakaian yang menutupi badan. Itulah yang dimaksudkan oleh ayat al_qur`an sebelum ini, maksudnya: “Dia (Allah) menjadikan untuk kamu pakaian yang melindungi kamu dari kepanasan”. Ia menjadi salah satu mukjizat kerana terbukti bahawa pakaian mampu memantulkan sinar ultrangu malah menyerapnya sekaligus melindungi manusia dari penyakit-penyakit kronik.

Orang-orang yang berfikiran waras pasti memahami bahawa al-Qur`an adalah kebenaran dari Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas Pengetahuannya. Setiap individu muslim mesti sedar bahawa setiap hukum-hakam yang ditetapkan Allah setiap kewajipan berhijab ke atas muslimah dan memakai pakaian yang menutup aurat ke atas muslim mempunyai kebaikan untuk mereka di dunia, dengan memelihara mereka dari penyakit-penyakit kronik. Malah untuk kebaikan di akhirat juga dengan dijauhkan dari azab neraka.

–          Dan kami mengakhiri kalam dengan Alhamdulillah –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s